## SYSTEM MAINTENANCE 28 APRIL 2016 ## 2016-04-27 17:46:48
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Dimaklumkan bahawa pihak teknikaL membuat penyelenggaraan sistem yang melibatkan semua akses data 3G/4G. Sila rujuk maklumat di bawah.
Tarikh : 28 APRIL 2016
Masa : 12am - 4am
Servis tergendala : DATA INTERNET
Sehubungan itu, semua akses data internet Onexox tidak boleh digunakan dalam waktu tersebut.
Semoga maklumat ini dapat disampaikan seluas-luasnya kepada semua pengedar & pengguna ONEXOX untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin berlaku pada masa akan datang. Sekian terima kasih.
#onexox #outthereweareone #onexox4g #the7thmileproject
Gambar sumber : The Malaysian Insider
LAPORAN: Pengguna Internet Malaysia Cecah 25 Juta Orang Pada 2015
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/2014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini.
Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan.
Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia merupakan pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.
Menurut laporan itu, Malaysia merupakan antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian.
Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit.
Menurut laporan berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian.
Syarikat yang tidak mempunyai laman web atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan tradisional mereka kepada perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan pengguna yang semakin meningkat.
Tambahan pula, adalah penting untuk perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah alih kerana bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet.
Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial.
"Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook," kata laporan itu.
Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi.
Jelas laporan itu, capaian Internet adalah rendah bagi PKS dan usahawan disebabkan kos jalur lebar dan pendaftaran domain yang tinggi.
"Sebagai contoh, pada 2010, kos sebanyak US$143 dikenakan untuk mendaftar domain di Malaysia berbanding US$64 di Taiwan dan US$24 di Amerika Syarikat," kata laporan itu.
PKS meliputi 97.3 peratus atau 645,136 daripada semua pertubuhan perniagaan di Malaysia tetapi hanya 100,000 perniagaan yang mempunyai laman web dengan hanya 20 peratus daripada PKS menggunakan ICT secara meluas dalam operasi harian mereka, kata laporan itu.
Laporan itu menambah pada 2010, penembusan jalur lebar dalam kalangan perniagaan adalah rendah pada kadar 33 peratus manakala perbelanjaan pengiklanan dalam talian juga rendah, hanya satu peratus daripada bajet perniagaan di negara ini.
Ia turut menarik perhatian bahawa terdapat juga isu seperti keselamatan dan rangkaian yang mana menurut Paypal, lebih banyak pengguna akan menambah pembelian dalam talian sekiranya aspek keselamatan dipertingkatkan.
Kesimpulannya, menurut laporan itu, adalah penting untuk PKS dan usahawan serta pengguna menggunakan ICT serta menerima teknologi digital secara menyeluruh selari dengan transformasi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi.
-- BERNAMA
Anak ayam bertanya pada mamanya.
Anak ayam :
Mak, kenapa nama kita semua sama? Dipanggil "ayam" saja?
Tidak macam manusia.kecil2 lagi sudah ada nama. Abdul, Bedu, Otok, Denny, Sitti, Bechik, Indak, Wendy...banyak lagi...
Mama ayam :
Nak! Manusia yg masih hidup namanya memang banyak...tapi nanti kalau sudah mati, namanya satu saja...iaitu mayat. Berbeza dengan kita. Kalau kita sudah mati, baru namanya banyak...
Ada yang namanya ayam goreng, ayam bakar, ayam pop, ayam penyet, ayam panggang, sate ayam, opor ayam, gulai ayam, rendang ayam banyak lagi...
Anak ayam:
Oh...begitu...
credit : FB Putera Utara
Rebutlah peluang untuk menjadi pemenang kad TOUCH 'n GO(isian tersedia RM50) secara PERCUMA hanya dengan membuat topup minima RM30 dalam satu transaksi melalui mana-mana saluran topup ONEXOX.
Kempen bermula 06 April 2016 sehingga 30 April 2016. **Tertakluk kepada terma & syarat.
Muat turun Aplikasi MyXOX di telefon pintar anda untuk tambah nilai secara online :
Google play: http://bit.ly/1PxqYuu
App Store: http://apple.co/1NYp9oU
#onexox #outthereweareone #onexox4g #onexoxjdt #xoxmalaysia #touchngo